top of page

Polis Marin Sandakan rampas minyak paket, minyak petrol, lori dan sebuah kenderaan bernilai RM146,717

  • nabalunews
  • Jan 13
  • 1 min read


Tangkapan dan barang kes dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan.
Tangkapan dan barang kes dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan.

13 Januari 2025


SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas sejumlah 146 kotak mengandungi 2,482 paket 1kg minyak masak, 10 gelen berisi kira-kira 300 liter minyak petrol, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori dengan nilai rampasan keseluruhan RM146,717 di tepi Kampung Pukat, Jalan Bokara, Sandakan pada malam semalam (Ahad).


Dalam satu kenyataan media, Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim, berkata, rampasan dibuat kira-kira jam 9.00 malam oleh sepasukan PPM daripada Unit Risikan Marin Sandakan yang menjalankan Ops Taring Landai Khas Kontraban di kawasan itu.


Jelasnya, semasa operasi itu, pasukan berkenaan telah menahan sebuah lori 3 tan dan sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi kampung itu dimana hasil  pemeriksaan terhadap kedua-dua kenderaan tersebut mendapati terdapat 146 kotak minyak masak dan 10 gelen minyak petrol yang kemudiannya dirampas.


Jelasnya, semasa pemeriksaan dijalankan beberapa kotak minyak masak tersebut telah dijumpai di Jeti Jambatan 4, Kampung Pukat, Jalan Bokara, Sandakan yang disyaki cuba untuk dibawa keluar melalui jalan laut.


"Tangkapan dan rampasan kemudian dibuat kerana ia disyaki cuba diseleweng ke negara jiran,” tambahnya.


Tangkapan, lelaki tempatan berusia 36 tahun dan barang rampasan itu dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan untuk tindakan selanjutnya dimana kes akan dirujuk dibawah kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page