Polis tahan lelaki mengamuk cederakan adik tiri di Tawau
- nabalunews
- Apr 12
- 1 min read

12 April 2025
TAWAU: Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan polis selepas disyaki mengamuk dan mencederakan adik tirinya dalam satu insiden di sebuah rumah di Tawau.
Menurut kenyataan, kejadian berlaku apabila lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan bertindak memecahkan cermin tingkap rumah sehingga serpihan kaca terkena wanita berkenaan dan menyebabkan kecederaan.
“Semasa berada di rumah, abang tiri kepada seorang wanita tiba-tiba mengamuk dan bertindak memecahkan cermin tingkap sehingga serpihan telah mengenai wanita dan menyebabkan kecederaan berlaku ke atas wanita tersebut. Risau akan keselamatannya, satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut,” menurut kenyataan itu.
Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau telah mengesan suspek dan berjaya menahannya di sebuah bengkel tidak lama selepas kejadian.
“Suspek seorang lelaki berumur anggaran 50 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat,” katanya.
Suspek kini ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.
Comments