top of page

Krisis tenaga global: Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi

  • nabalunews
  • Apr 1
  • 1 min read

1 April 2026


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Pusat Arahan Komunikasi bagi menyelaras maklum balas terhadap krisis tenaga global dan perkembangan geopolitik semasa.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan beroperasi di bawah kerangka Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).


Menurutnya, pusat arahan itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan, untuk permulaan, sidang media akan diadakan setiap hari bermula esok.


“Pada peringkat awal, taklimat dijangka diadakan setiap hari bermula jam 4 petang bagi menyelaras komunikasi kerajaan, khususnya berkaitan langkah dan respons terhadap krisis tenaga global serta situasi konflik di rantau ini,” katanya pada sidang media mingguan, hari ini.


Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan penubuhan pusat berkenaan bertujuan menyelaras aspek komunikasi berhubung langkah yang diambil kerajaan dan agensi terlibat dalam mendepani krisis tenaga dan konflik serantau.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Jemaah Menteri turut memutuskan agar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bertemu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Kewangan dan Ekonomi dalam masa terdekat.


Katanya, pertemuan itu bertujuan membentangkan pandangan serta langkah yang telah dirangka kerajaan setakat ini bagi menangani kesan perkembangan di Asia Barat dan krisis tenaga global terhadap ekonomi negara.

 
 
 

1 Comment


Миша Воронов
Миша Воронов
Apr 01

While reading various opinions about esports betting https://beton.ua/sportsbook/page/esports, I noticed how detailed some users get when analyzing maps and playstyles. There were no typical phrases about “guaranteed wins,” but instead a lot of practical insights: how teams adapt to opponents, how in-game economy works, and why underdogs can sometimes look more promising. This kind of approach builds more trust than any loud promises. After that, I decided not to rush decisions and to gradually test different strategies, including esports betting at Beton bookmaker, which was mentioned in a calm and matter-of-fact way.


Edited
Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page