top of page

PPD Kota Belud Dan PeWaniS Salur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


27 Februari 2026


KOTA BELUD: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud dengan kerjasama Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PeWaniS) telah mengadakan program penyampaian sumbangan peralatan sekolah kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Melangkap, semalam.


Bantuan tersebut bertujuan meringankan beban pelajar yang menghadapi kesulitan berikutan kejadian kebakaran yang memusnahkan tempat kediaman mereka baru-baru ini.


Dalam kejadian pada Sabtu lalu itu, sebanyak sebelas buah rumah musnah sepenuhnya manakala tiga lagi rumah dilaporkan turut terkesan dengan insiden kebakaran tersebut.


Sumbangan disampaikan secara simbolik oleh Timbalan PPD Kota Belud, Mohd Ishak Haji Yusof, yang turut diiringi oleh Rosmin Ijum.


Turut hadir sama dalam majlis penyerahan tersebut ialah Guru Besar SK Melangkap, Hollen Sayaman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Anichlose Kesimin, serta barisan pentadbir sekolah iaitu Penolong Kanan 1, Peter Lazim, dan Penolong Kanan Kokurikulum, Petrus Sualan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page