PPK Tulang Belakang Sistem Kesihatan Negara – Dzulkefly
- nabalunews
- Nov 1, 2025
- 1 min read

1 November 2025
KUALA LUMPUR: Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) adalah tulang belakang penting kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata peranan PPK amat besar dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, selain menjadi barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat dengan penuh tanggungjawab serta semangat kasih terhadap pesakit.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Pembantu Perawatan Kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, komitmen serta sumbangan yang tidak ternilai,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan sempena sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan 2025 hari ini.
Hari Pembantu Perawatan Kesihatan disambut pada 1 November setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas kategori sokongan ini yang menjadi antara tunjang utama sistem penjagaan kesihatan negara.


















Comments