top of page

PPM Rampas 2,971 Kotak Makanan Sejuk Beku

  • nabalunews
  • Sep 19
  • 1 min read

ree

19 September 2025


KOTA MARUDU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menyerbu sebuah premis di daerah Kota Marudu dan berjaya merampas 2,971 kotak makanan sejuk beku pelbagai jenama yang dipercayai melanggar syarat sah.


Dalam operasi jam 10 pagi semalam, semua bahan makanan berkenaan yang dipercayai gagal mematuhi syarat penyimpanan makanan sejuk beku dianggarkan bernilai RM656,197.


Komander PPM Wilayah Empat Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Veterinar.

ree

Katanya, premis berkenaan dipercayai gagal mematuhi syarat penyimpanan makanan sejuk beku di bawah Akta Makanan 1983 dan Enakmen Haiwan 2015.


“Seorang lelaki berusia 70 tahun turut ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pengimportan dan penyimpanan makanan sejuk beku.


“Pemeriksaan lanjut juga mendapati semua barangan yang dirampas diimport dari negara tidak diiktiraf,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Makanan 1983 dan Enakmen Haiwan 2015.


Sehubungan itu, Nazri berkata, PPM Wilayah 4 sentiasa komited dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan.

ree

Katanya, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terus terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page