top of page

PPM SELAMATKAN TIGA NELAYAN

  • nabalunews
  • Oct 15, 2020
  • 1 min read

GAMBAR HIASAN

15 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Tiga nelayan berhadapan detik cemas selepas enjin bot dinaiki mengalami kerosakan di perairan Karambunai di sini.

Kesemua nelayan terbabit bagaimanapun berjaya diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan rondaan operasi Op Benteng serta Op COVID-19.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu Asisten Superintendan Enturan Lageh berkata pihaknya menerima laporan awal berkenaan kerosakan bot terbabit melalui Pusat Kawalan IPD Kota Kinabalu sebelum melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

“Bot mangsa ditemukan botronda PPM di perairan Karambunai dengan jarak 12.6 batu nautika dari pangkalan PPM kira-kira jam12.22 petang.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga nelayan berasal dari Kampung Lok Urai Pulau Gaya dan bot dinaiki mengalami kerosakan enjin kira-kira jam 1.30 pagi sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata pihaknya kemudian menyelamatkan kesemua nelayan terbabit dan menunda bot itu ke Lok Urai Pulau Gaya.

Dalam perkembangan berasingan beliau berkata PPM berjaya menahan seorang lelaki berumur 36 tahun membabitkan kes curi di Kampung Pondo Pulau Gaya di sini.

“Semasa penahanan suspek kita berjaya merampas pelbagai jenis barangan curi termasuk pam besi, enam unit peralatan komponen enjin, gunting pemotong besi, gergaji besi dan alat penimbang.

“Kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai RM6,800 dan suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN BORNEO/ WARTAWAN VIVI OLIVIANA NAJURUS


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page