PPM tumpaskan kegiatan seludup rokok di Pulau Bum-Bum
- nabalunews
- Mar 13
- 1 min read

13 Mac 2025
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 62,000 batang rokok tidak bercukai dalam operasi di perairan Laut Gelam-Gelam, Pulau Bum-Bum, di sini, semalam.
Dalam operasi yang dijalankan Unit Risikan Marin (URM) kira-kira jam 5.30 pagi, seorang lelaki yang juga juragan bot laju turut ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan terhadap bot laju berkenaan berjaya menemui beberapa kotak yang mengandungi sejumlah rokok.
Katanya, semua rokok berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Filipina untuk pasaran tempatan.
“Pasukan operasi berjaya merampas 62 batang rokok tidak bercukai kastam pelbagai jenis.
"Jumlah keseluruhan rokok termasuk peralatan berkaitan yang dirampas dianggarkan bernilai RM275,250," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan semua rampasan dan tangkapan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.
Katanya, pihaknya akan terus komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan di perairan negeri ini yang merugikan negara.
Comments