Prestasi imunisasi daerah yang belum capai 60 peratus akan dinilai semulaPrestasi imunisasi daerah yang belum capai 60 peratus akan dinilai semula
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Prestasi imunisasi daerah yang belum capai 60 peratus akan dinilai semula


1 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan mengkaji dan menilai semula prestasi imunisasi di daerah-daerah yang belum mencapai 60 peratus jumlah penduduk yang lengkap divaksin dari masa ke semasa.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata sekiranya sesebuah daerah itu berjaya mencapai sasaran tersebut, maka penduduk di daerah tersebut boleh bergerak dalam kawasan zon yang ditetapkan.


“Hari ini ialah permulaan perlaksanaan Sistem Rentas Daerah dalam Zon. Kelonggaran ini dibuat untuk membantu menyemarakkan semula kegiatan - kegiatan ekonomi rakyat yang banyak terjejas oleh pandemik COVID-19.


“Walaubagaimanapun, kita belum memenangi peperangan melawan virus COVID-19. Saya berharap kelonggaran bergerak ini akan dilihat oleh penduduk sebagai tanggungjawab mereka untuk memastikan pematuhan secara total kepada semua SOP dan saranan KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Masidi menegaskan bahawa vaksinasi tidak dapat melindungi manusia daripada jangkitan virus COVID-19 seratus peratus.


“Hanya dengan sikap kita sendiri untuk sentiasa melindungi diri kita dan keluarga kita daripada terdedah kepada jangkitan dapat kita lengkapkan perlindungan total,” tambahnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page