PRIHATIN teruskan usaha kebajikan di Kota Belud
- nabalunews
- Nov 21, 2024
- 1 min read

21 November 2024
KOTA BELUD: Persatuan Prihatin Kota Belud (PRIHATIN) meneruskan usaha kebajikan dengan mengunjungi keluarga mendiang pengerusi persatuan, Rayner Sipail Kota, di Kampung Bangkahak SumSum, Kota Belud hari ini.
Kunjungan itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi PRIHATIN, Mohd. Shah Maulah, yang turut menyerahkan sumbangan takziah kepada keluarga mendiang sebagai tanda penghormatan dan sokongan.
Menurut Mohd. Shah, kehilangan Rayner merupakan tamparan besar kepada persatuan. “Beliau bukan sahaja seorang pengerusi yang dedikasi, tetapi juga pengasas yang bertanggungjawab mendaftarkan persatuan ini secara rasmi pada tahun ini. Jasa dan sumbangannya amat kami hargai,” katanya.
Rombongan PRIHATIN turut disertai oleh Setiausaha, Robert James; Bendahari, Adlan Kuluput; serta beberapa ahli persatuan lain yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada keluarga mendiang.
Pihak keluarga mendiang melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan serta solidariti yang ditunjukkan oleh PRIHATIN.
“Kehadiran dan sokongan persatuan ini amat kami hargai, dan ia menggambarkan semangat kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan ahli PRIHATIN,” kata wakil keluarga.
Langkah ini selaras dengan matlamat PRIHATIN untuk terus memainkan peranan aktif dalam membantu masyarakat dan mengukuhkan hubungan antara ahli persatuan.
Comments