top of page

PRN Sarawak: GPS peroleh majoriti mudah, bentuk kerajaan negeri

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 18, 2021
  • 1 min read

18 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak, sekaligus memperoleh majoriti mudah.


Dengan bilangan itu, GPS mempunyai kelebihan tiga kerusi daripada majoriti mudah 45 kerusi daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan kedudukan kerusi berdasarkan keputusan pilihan raya itu berkata, GPS berjaya memperolehi satu majoriti melebihi 50 peratus kerusi dipertandingkan


“Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 8.45 malam, GPS telah memenangi 45 daripada 82 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page