Program Agrobelia Lestari Pacu Kemahiran Belia Dalam Penternakan Itik Penelur
- nabalunews
- 10 hours ago
- 1 min read

TELUPID: Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir: Kursus Asas Penternakan Itik Penelur 2026 Peringkat Negeri Sabah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Daerah Telupid.
Program dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Wonod Telupid itu sekali gus memperkukuhkan usaha dalam memperkasa golongan belia khususnya menerusi bidang keusahawanan agro.
Majlis perasmian program disempurnakan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sabah, Noorman Ramlan.

Pengerusi Persatuan Belia Kampung Wonod, Emmanuel Atin berkata, program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan belia dari sekitar daerah Telupid.
Katanya, program berkenaan bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan serta kemahiran asas kepada golongan belia dalam bidang penternakan itik penelur.
“Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk memperkasa keusahawanan agro serta membuka peluang ekonomi yang mampan khususnya dalam kalangan belia luar bandar.
“Program berkenaan bukan sahaja memberi ilmu dan kemahiran kepada peserta, malah dapat meningkatkan minat golongan belia untuk menceburi sektor pertanian dan penternakan sebagai sumber pendapatan,” katanya.
Turut hadir Penolong Kanan SMK Telupid, Reymond Edward dan pegawai Mohd Syahrin Ibrahim.
Menurutnya, penglibatan aktif belia dalam bidang agro mampu membantu meningkatkan taraf ekonomi komuniti setempat di samping menyokong agenda pembangunan belia di negeri Sabah.
“Program seperti ini memberi peluang kepada belia untuk mempelajari teknik penternakan secara praktikal dan melihat sendiri potensi industri penternakan itik penelur sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya maju,” katanya.
Emmanuel berkata, penganjuran program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam sektor agro serta menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi belia di kawasan luar bandar.
Katanya, ia selaras dengan usaha memperkukuh agenda pembangunan belia dan keusahawanan di Sabah.















The pressure rises with every passing second, yet FNF somehow keeps every challenge fun.