Program Bicara Usahawan manfaatkan 85 usahawan kecil di Pitas
- nabalunews
- Aug 17, 2024
- 1 min read

16 Ogos 2024
PITAS: 85 orang usahawan kecil dan sederhana di Pitas telah menyertai Program Bicara Usahawan yang berlangsung di Dewan Dandun, Bengkoka, hari ini.
Program ini antara usaha untuk memantapkan lagi usahawan di Pitas agar lebih berinovasi dan berdaya saing.
Inisiatif ini dilaksanakan untuk memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pitas dengan perkongsian pengalaman kisah kejayaan usahawan.
Program Bicara Usahawan dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Carl Moosom.
Turut hadir Ahli Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), Junsim Rumunzing.
Ceramah kepada usahawan disampaikan oleh Pengurus Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Zakariah Abdullah dan Pegawai TEKUN Pitas, Lazium Oringang.
Turut disampaikan, sesi penerangan mengenai pelbagai bantuan dan geran pembiayaan yang disediakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu usahawan di seluruh negara dengan harapan usahawan di Pitas dapat memanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan pendapatan sekaligus
memperbaiki tahap sosio ekonomi mereka.
Comments