top of page

Program Bual Bicara Usahawan tarik minat 102 peserta di Kota Marudu

  • nabalunews
  • Oct 26, 2024
  • 2 min read


26 Oktober 2024


KOTA MARUDU: Program "Bual Bicara Usahawan" anjuran Persatuan Kebajikan Progresif Kota Marudu telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Oktober 2024 bertempat di GL Hotel Kota Marudu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan jaringan keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat.


Pengerusi penganjur, Pillexson James, yang juga Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Marudu, berkata program ini berjaya menarik minat 102 peserta dari pelbagai industri dan latar belakang, khususnya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dan Bandau.


Program ini menyaksikan sesi taklimat keusahawanan yang dikendalikan oleh wakil dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp), kedua-duanya agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) yang diterajui oleh Datuk Ewon Benedick.


Dalam sesi soal jawab, para peserta mengemukakan dua cadangan utama untuk dibawa kepada KUSKOP.


Cadangan pertama melibatkan lanjutan Program BEEP Plus dengan penambahan peruntukan untuk usahawan di Kota Marudu dan Sabah.


Cadangan kedua pula adalah pembukaan cawangan Bank Rakyat di Kota Marudu bagi memudahkan usahawan membuka akaun semasa dan mendapatkan pinjaman modal pusingan dengan syarat simpanan yang sesuai.


Selain itu, wakil YM International Sdn Bhd turut memberikan maklumat mengenai model perniagaan "drop-shipping" dan e-dagang, yang mampu membuka peluang perniagaan dalam talian kepada para peserta.


Pengerusi Persatuan Kebajikan Progresif Kota Marudu, Jamil Majingkin, yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, dalam ucapannya, merakamkan penghargaan kepada Ewon atas sokongan yang diberikan.


Beliau turut berterima kasih kepada Carl Victor Moosom, Setiausaha Politik kepada Ewon, atas komitmen beliau dalam membawa program kementerian ke Kota Marudu serta merasmikan program ini.


Menurut Jamil, program ini adalah platform penting bagi usahawan tempatan untuk berkongsi pandangan dan mendapatkan sokongan dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka di Kota Marudu.


Katanya program seperti ini, bukan sahaja meningkatkan motivasi usahawan tempatan tetapi turut membuka peluang kepada mereka untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan agensi kerajaan dan sektor swasta dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan di kawasan tersebut.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page