top of page

Program I Care Kadamaian: Dua penerima dapat sumbangan katil boleh laras

  • nabalunews
  • Nov 22, 2024
  • 1 min read



22 November 2024


KOTA BELUD: Kakitangan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian bersama Kelab Kebajikan Kadamaian, menyampaikan dua unit katil boleh laras sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada dua penerima, Kelin Kolod dari Kampung Rangalau dan Jerming Ning Bakait dari Kampung Purak Ogis dalam program I Care Kadamaian (Saya Peduli Kadamaian) pada Khamis.


Sumbangan alat bantu ini adalah hasil inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) YBR atas usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick untuk membantu komuniti Kadamaian.


Melalui inisiatif ini, Kelab Kebajikan Kadamaian berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban penerima dan keluarga mereka, sekali gus membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.


Kelab Kebajikan Kadamaian turut menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Am Kota Belud atas kerjasama mereka dalam mempermudah proses tapisan penerima dan permohonan bantuan.


"Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat, termasuk kru, pengerusi-pengerusi JKKK, serta rakan-rakan strategik yang membantu menjayakan program ini.


"Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk terus menyokong komuniti di Kadamaian," kata Kelab Kebajikan Kadamaian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page