top of page
nabalunews

Program I Care Kadamaian: Prihatin komuniti, membantu kehidupan sampaikan alat bantu perubatan kepada dua penduduk Kadamaian


25 November 2024


KOTA BELUD: Program I Care Kadamaian (Saya Peduli Kadamaian), anjuran Kelab Kebajikan Kadamaian, sekali lagi membuktikan komitmennya dalam usaha untuk memastikan kebajikan rakyat di Kadamaian terus diberi perhatian dan diutamakan.


Hari ini, Program I Care Kadamaian telah menyampaikan bantuan berupa kerusi boleh laras kepada Majilin Rambutan dari Kampung Singgah Mata Taginambur dan alat komunikasi peti suara palsu (electrolarynx) kepada Michael Bangkagou dari Kampung Taginambur Jaya Tamalang untuk membantu penerima menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.


Program kebajikan ini turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Kadamaian, Shainim Epin, Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Joel Deukin, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Juin Kolod, Pegawai Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Jolyhame Saran yang juga Ketua Pemuda

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud, serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Saikom Watis.


Kesemua mereka mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kebajikan Ewon, dengan sokongan Yayasan Bank Rakyat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Sumbangan alat bantu ini bertujuan meringankan beban penerima dan keluarga mereka, sekaligus memberikan peluang untuk meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup.


Kelab Kebajikan Kadamaian berharap program ini dapat memberi impak positif dan membantu penerima menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.


Kelab Kebajikan Kadamaian turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Am Kota Belud yang memainkan peranan penting dalam mempermudah proses tapisan penerima bantuan.


Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada semua kru dan rakan strategik yang telah menjayakan program amal ini.

Bình luận


bottom of page