top of page
  • Wartawan Nabalu News

Program INNO4C memberi manfaat kepada enam buah kampung di Sabah


17 Sept 2021

By Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Enam buah kampung dari beberapa daerah di Sabah bakal menerima manfaat dengan pelaksanaan Program Innovation for Community (INNO4C) di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah 2019.


Program tersebut melibatkan empat buah projek di enam kawasan, di mana antaranya Pepper Scale - Up Project di Kampung Lompios, Kota Belud dan Kampung Puhus, Tamparuli. Belacan Scale – Up Project di Kampung Laut, Papar.


Tiram Scale – Up Project di Kampung Lentuong, Tuaran dan Kampung Penimbawan, Tuaran serta Ambatu Kelarai Scale – Up Project di Kampung Tinura, Ulu Tomani, Kemabong, Tenom.


Ketua Program INNO4C (DPUB) Sabah 2019, Syed Yusof Bin Syed Kechik berharap agar pelaksanaan program seumpama ini dapat di pelbagaikan dan di perbanyakkan lagi dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi golongan B40 bumiputera khususnya di Wilayah Sabah.

“Program ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat,” kata Syed yang juga Pengarah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) di University Sains Malaysia (USM).


Beliau berkata, USM melalui USAINS INFOTECH SDN. BHD (USAINS) telah diberi mandat oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melaksanakan Program Innovation for Community (INNO4C) di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah 2019.


Selain itu, USM juga telah berkolaborasi dengan Yayasan Sabah (YS) serta beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Lembaga Lada Malaysia (MPB), Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perikanan Sabah (DoF Sabah).


“Dalam pada masa yang sama, USM masih dalam proses mengembangkan lagi kolaborasi dengan beberapa agensi yang lain,” tambahnya.

Comments


bottom of page