top of page

Program Jiwa MADANI Peringkat DUN Kadamaian manfaatkan aspek kesihatan dan sosial penduduk

  • nabalunews
  • Oct 9, 2024
  • 1 min read

9 Oktober 2024


KOTA BELUD: Program Komuniti Jiwa MADANI peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian yang dijadualkan pada 12 Oktober ini di Dewan Terbuka Sosondoton View, Kampung Piasau, Kota Belud bertujuan untuk memupuk semangat kesepaduan dalam kalangan komuniti serta memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan manfaat dari aspek kesihatan dan sosial.


Program ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menyampaikan sumbangan melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, yang diwakili oleh Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil.


Sumbangan diserahkan kepada Pengerusi Penganjur, Jinus Sidup selaku Ketua Komuniti MADANI Kampung Piasau dan juga tuan rumah bagi program tersebut.


Acara ini akan bermula seawal jam 7.00 pagi dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat.


Antara pengisian program termasuk pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), AGROBANK, Jabatan Kesihatan serta Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).


Pelbagai aktiviti interaktif turut disusun di program ini, antaranya pemeriksaan mata dan saringan kesihatan percuma.


Selain itu, pertandingan memancing dan karaoke lagu irama Malaysia juga akan diadakan bagi menarik lebih ramai penyertaan daripada penduduk tempatan.


Tidak ketinggalan, permainan dalam bangunan atau indoor turut disediakan bagi memeriahkan suasana.


Satu ceramah kesihatan bertajuk "Penyakit 3 Serangkai" juga akan disampaikan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page