top of page

Program Kebersihan DBKK: ‘KK Cleanup Day 3.0’ di Tanjung Aru pada 21 September

  • nabalunews
  • Sep 9, 2024
  • 1 min read


9 September 2024


KOTA KINABALU: Program kebersihan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini kembali dengan edisi terbaru, ‘KK Cleanup Day 3.0,’ yang akan berlangsung pada 21 September.


Program ini menyasarkan kawasan Tanjung Aru sebagai lokasi tumpuan, di mana komuniti setempat akan terlibat secara aktif dalam usaha mempertingkatkan kebersihan.


Menurut hantaran di laman Facebook rasmi DBKK, jawatankuasa pelaksana telah mengadakan lawatan tapak untuk meninjau persiapan logistik dan pelan perancangan yang merangkumi Kampung Tanjung Aru Lama dan Kampung Tanjung Aru Baru.


"Keadaan semasa tapak, kelengkapan peralatan, ketersediaan aspek teknikal, dan jentera pembersihan adalah antara perkara yang telah dikenal pasti semasa lawatan tapak yang diketuai oleh, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK Leong Tze Fui baru-baru ini.


“Lawatan tapak turut disertai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N.22 Tanjung Aru, Reduan Aklee, Ketua Kampung Aripin Suhaili, Ketua KRT Kampung Tanjung Aru, Ketua Komuniti Madani serta ahli jawatankuasa Masjid Al-Kauthar dan penduduk kampung,” kata DBKK.


Dengan sokongan kuat daripada komuniti setempat, DBKK berharap misi ‘KK Cleanup Day 3.0: Tanjung Aru’ ini akan menjadi satu kejayaan besar dalam meningkatkan tahap kebersihan dan kesedaran alam sekitar.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page