top of page

PROGRAM PEMERKASAAN GENDER DAN POLITIK (GAP) ANJURAN SAWO DILANCARKAN HARI INI

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 5, 2021
  • 1 min read


5 Jun 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO) melancarkan program Pemerkasaan Gender dan Politik (GAP) melalui platform Zoom, hari ini.


Program tersebut akan berlansung setiap minggu ketiga bermula Jun sehingga September depan melibatkan lima modul.


Seramai 31 peserta dari pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), Organisasi Gerakan Masyarakat Sivil (CSO), Organisasi Berasakan Komuniti (CBO) dan pemimpin masyarakat menyertai program itu.


Antara yang mengikuti pelancaran program itu

Ketika berucap Pengerusi SAWO Winnie Yie berkata, GAP merupakan satu program pembangunan wanita yang memfokus kepada para pemimpin wanita muda yang terlibat dalam kepimpinan masyarakat, politik dan juga gerakan masyarakat sivil.


“Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan isu gender dan pembangunan, serta memotivasikan golongan pemimpin wanita untuk memperkasakan politik dalam kerjaya dan juga kempen mereka,” katanya.


Winnie berharap program itu akan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan wanita.


“Saya yakin dengan sokongan dan kerjasama semua pihak kita dapat memperjuangkan hak untuk semua dan bukan wanita sahaja,” kata Winnie.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page