Program pendidikan kesihatan penting cegah penyakit peringkat awal
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Program pendidikan kesihatan penting cegah penyakit peringkat awal

29 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TENOM: Program pendidikan berkaitan kesihatan amat penting bagi meningkatkan kesedaran awal kepada masyarakat mengenai penyakit-penyakit termasuk kanser mulut bagi mencegah penyakit itu dari peringkat awal.


Sehubungan itu Hospital Keningau dan Tenom dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Pertubuhan Prihatin Bumiputera Sabah menganjurkan Program Pendidikan Kanser dan Leher di Tenom.


Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bank Rakyat yang juga Pengerusi Pertubuhan Prihatin Bumiputera Sabah dan Presiden Persatuan Murut Timugon Sabah (PEMTS), Junik Bajit berkata, program ini penting bagi meningkatkan tahap kesedaran rakyat mengenai virus kanser yang kian menular dalam komuniti masyarakat Malaysia.


“Yayasan Bank Rakyat sentiasa menyokong program seumpama ini yang memberi penekanan terhadap program-program berunsurkan kesedaran kesihatan.

“Ini kerana, mengikut laporan akhbar pada 08 November 2021, menyatakan kira-kira 17.4 peratus pesakit yang dikenal pasti menghidap kanser mulut di Malaysia adalah dari Sabah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pendidikan Kanser dan Leher peringkat Hospital Keningau dan Tenom, di Dewan Masyarakat Melalap, Tenom, di sini, Sabtu lalu.


Junik berkata, Yayasan Bank Rakyat telah meluaskan pengaruhnya dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan melalui aktiviti-aktiviti berteraskan pendidikan bagi mewujudkan masyarakat yang lebih berkualiti serta mampan.


“Kebanyakan kes kanser dikesan pada tahap lewat, dan antara faktor penyumbang utama pengesanan lewat adalah kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menjalani pemeriksaan dan pengesanan awal berkaitan kanser mulut di kalangan masyarakat,” katanya.


Beliau berharap, dengan pelaksanaan program ini dapat membantu masyarakat dalam pengesanan awal mengenai penyakit kanser dan pada masa yang sama menyampaikan perkhidmatan rawatan yang berpatutan demi meningkatkan kualiti hidup pesakit.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page