top of page
  • Wartawan Nabalu News

Program Team-Bonding tingkatkan kerjasama kakitangan PPIB UMS


12 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Program Team Bonding bagi meningkatkan kerjasama serta darjah kegembiraan kakitangan.

 

Program tersebut dirasmikan oleh Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng, yang bertujuan mempererat dan meneguhkan semangat kerja berpasukan dan persefahaman dalam kalangan warga PPIB serta memupuk semangat kekitaan.

         

Katanya, kejayaan sebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada individu yang cemerlang, tetapi juga kepada kemampuan pasukan untuk bekerjasama sebagai satu entiti yang padu. 

 

“Melalui program ini juga, ia satu kesempatan untuk melupakan seketika rutin harian dan mewujudkan ikatan yang lebih erat dalam kalangan warga PPIB di mana kita bukan sekadar pasukan kerja, tetapi dengan kebersamaan sebagai sebuah keluarga yang harmoni,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang diadakan di Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran.

 

Tambah Lai, tema ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’ jelas menggambarkan semangat perpaduan warga PPIB walaupun datang dari pelbagai kumpulan yang berbeza, namun tetap bersatu dalam menyahut agenda PPIB yang dikongsi bersama.

 

“Pelaksanaan program ini juga adalah salah satu strategi dalam menyahut seruan pengurusan atasan untuk mengadakan lebih banyak program yang boleh meningkatkan darjah kegembiraan dalam kalangan kakitangan. 

 

“Semoga program ini dapat meninggalkan impak dan nilai-nilai positif kepada semua dan diterapkan dalam kehidupan seharian. 

 

“Ribuan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Pelaksana Team Bonding PPIB dan semua yang telah hadir dan menjayakan program kali ini.  Moga jalinan silaturahim dan kekeluargaan PPIB akan terus teguh,” ujarnya.

 

Antara aktiviti yang diadakan pada program tersebut ialah acara sukaneka bola tampar pantai, Pétanque, aktiviti berkumpulan, sambutan Hari Wanita peringkat PPIB, sambutan hari lahir kakitangan PPIB serta cabutan bertuah.

 

Hadir sama, Timbalan Dekan (Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa) PPIB, Profesor Madya Dr. Mohd. Azri Ibrahim; Timbalan Dekan (Akademik), Dr. Abang Mohd. Razif Abang Muis; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Khidmat Komuniti) PPIB, Dr. Kavitha A/P Ganesan; Ketua-ketua Pentadbiran dan Sektor, Penyelara-penyelaras Gugusan, para pensyarah dan guru bahasa serta kakitangan PPIB.

Comments


bottom of page