Program Wanita UPKO Bahagian Kota Belud dipenuhi pelbagai pengisian berguna untuk manfaat ahli

9 September 2024
KOTA BELUD: Wanita UPKO Bahagian Kota Belud menganjurkan program ramah mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Kelawat bagi mengeratkan lagi kesepakatan di kalangan sesama ahli dan merapatkan lagi jalinan kerjasama antara Ahli Jawatankuasa Wanita UPKO Bahagian dan Wanita PDM Kelawat.
Program Ramah Mesra AJK Wanita Bahagian Kota Belud ini dihadiri Ketua Wanita UPKO Bahagian Kota Belud, Datin Saniah Tuak yang juga isteri kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian pada 1985 sehingga 1996, Datuk Baggai Basirun.
Kira-kira 40 orang dari Wanita UPKO Bahagian Kota Belud, hadir.
Mereka termasuk Nily Sadur, Juliny Mandadi, Julitah Kandar, Nairi Lihan, Hilldwatih Sikul, Helen Kandaling, Dainah Simpul, Kelin Goporoi, Rusmen Lambang, Kuliot Kelo, Zubaidah Mandai, Jubitah Darisa, Maria Bantasan, Rosnie Hussin, dan Saminah Gimbad.

Di program ini, sumbangan sentuhan kasih disampaikan kepada sepasang suami isteri yang terlantar sakit.
Turut diadakan, majlis penutupan pertandingan memancing di Cawangan Sumbilingon dan majlis suaikenal antara AJK Wanita Bahagian dengan Wanita PDM Kelawat.
Antara yang diutarakan dalam program ini adalah kepimpinan ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang patut dicontohi kerana keprihatinannya selain rendah hati, serta usaha gigih beliau dalam memenuhi keperluan dan permintaan rakyat.
Selain itu, hadirin turut digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan bagi meningkatkan perniagaan mereka melalui penambahan modal, seperti pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan pembiayaan lain yang disediakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Kesetiaan kepada parti juga ditekankan, di mana beberapa individu seperti Laudi dan Jaintin dipuji atas kesetiaan mereka.
Kommentarer