top of page

Proses daftar masuk guna kiosk layan diri di KLIA Terminal 2 lancar

nabalunews


21 Julai 2024


SEPANG: Proses mendaftar masuk penumpang menggunakan kios daftar masuk layan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2) berjalan lancar seperti biasa dan tiada kesesakan.


Tinjauan hari ini mendapati petugas syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia sentiasa berada di balai berlepas bagi membantu orang ramai menggunakan kios daftar masuk layan diri bagi mendapatkan pas masuk penerbangan domestik dan antarabangsa mereka.


Keberadaan petugas AirAsia itu bagi membantu orang ramai sekiranya berhadapan sebarang masalah semasa menggunakan kios daftar masuk layan diri yang ditempatkan di beberapa lokasi di balai berlepas KLIA Terminal 2.


Langkah itu diambil susulan gangguan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) global yang menjejaskan operasi lapangan terbang di seluruh dunia termasuk Malaysia pada Jumaat lepas.


Semalam BERNAMA melaporkan AirAsia menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan berkenaan sejak petang Jumaat.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Syarikat Penerbangan AirAsia) Datuk Kapten Chester Voo dilaporkan berkata AirAsia akan terus memantau keadaan dan menempatkan petugasnya di balai berlepas bagi membantu penumpang yang berhadapan sebarang masalah berkaitan penerbangan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page