top of page

Proses demokrasi dalam pemilihan pengerusi PH Sabah perlu disokong - Dennison

nabalunews



21 Disember 2024


KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Kinabalu dan Bendahari Agung UPKO, Dennison R Indang menyatakan sokongan penuh terhadap proses demokrasi yang telah dilaksanakan dalam pemilihan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah baru-baru ini, di mana Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick telah dipilih sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu.


Dennison berkata mesyuarat ini mencerminkan semangat keterbukaan dan demokrasi yang menjadi asas kepada perjuangan PH Sabah.


"Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baru-baru ini telah melibatkan semua komponen PH Sabah, dengan penyertaan penuh daripada para pemimpin setiap parti komponen yang telah memberikan mandat kepada keputusan tersebut secara demokratik.


"Sebagai sebuah gabungan yang berpegang kepada prinsip inklusiviti dan kerjasama, PH Sabah telah menunjukkan keunikan melalui autonomi yang diberikan untuk menentukan kepimpinan di peringkat negeri.


"Keputusan ini tidak hanya mencerminkan kesepakatan, tetapi juga penghormatan terhadap proses demokrasi yang dijalankan dengan telus dan profesional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dennison berkata sebagai Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, beliau yakin Ewon Benedick memiliki keupayaan dan visi yang jelas untuk membawa PH Sabah ke tahap yang lebih tinggi.


"Kepimpinan beliau akan memastikan gabungan ini terus bersatu dalam memperjuangkan isu-isu penting untuk rakyat Sabah, khususnya dalam memastikan hak dan kepentingan kita sentiasa terpelihara.


"UPKO Kota Kinabalu komited untuk terus memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan PH Sabah di bawah YB Datuk Ewon Benedick. Bersama-sama, kita akan memperkukuhkan gabungan ini demi kesejahteraan rakyat Sabah," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page