top of page

Proses Pemilihan Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah, konsensus bersama kepimpinan PH Sabah, sokongan penuh kepada presiden UPKO - Rowindy

nabalunews

21 Disember 2024


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick adalah seorang pemimpin yang berprinsip dan berdedikasi dalam memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat Sabah.


Ahli Majlis Tertinggi Eksekutif UPKO), Rowindy Lawrence berkata proses pemilihan Datuk Ewon sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu adalah hasil daripada konsensus bersama dalam kalangan kepimpinan PH Sabah yang mengiktiraf kepimpinan, visi, dan dedikasi beliau.


Katanya keputusan ini telah dicapai secara bersama semasa proses pengundian yang lalu.


“Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa PH Sabah memerlukan kepimpinan yang baharu,” tegas Rowindy lagi.


"Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Eksekutif UPKO, saya dengan tegas menyatakan sokongan penuh kepada Presiden parti, Datuk Ewon Benedick.


"Sebagai Presiden UPKO, Datuk Ewon telah membuktikan kebolehannya melalui pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat nyata kepada rakyat. Beliau juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara parti-parti komponen dalam PH, khususnya di Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini


Menurut Rowindy, pemilihan Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang berkaliber.


“Saya yakin, di bawah kepimpinan Datuk Ewon Benedick, PH Sabah akan terus memperjuangkan agenda pembaharuan yang inklusif, adil, dan berkesan demi rakyat dan negeri Sabah,” kata Rowindy, yang juga Timbalan Setiausaha Penganjur UPKO Malaysia.


"Pemilihan ini adalah satu langkah ke hadapan yang membawa harapan besar untuk masa depan politik di Sabah.


"Sebagai ahli parti dan rakyat Sabah, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk terus menyokong kepimpinan Datuk Ewon Benedick dalam usaha membina negeri yang lebih progresif, bersatu, dan makmur," katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page