PRU15: Rakyat Sabah masih dahagakan pembangunan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PRU15: Rakyat Sabah masih dahagakan pembangunan



24 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Rakyat Sabah khususnya Sandakan dan Libaran masih dahagakan pembangunan infrastruktur yang lebih baik, kemudahan kesihatan, jaringan telekomunikasi, pendidikan dan peluang pekerjaan.


Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, bagi merealisasikan impian itu pengundi Parlimen Sandakan dan Libaran harus bersatu padu menyokong dan menangkan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Kita mesti memenangkan Pakatan Harapan demi perubahan Parlimen Sandakan dan Libaran serta mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


“Saya menyeru golongan muda bersama ibubapa mereka membuat keputusan terbaik dengan mengundi Pakatan Harapan demi rakyat negara ini yang inginkan pembaharuan kepimpinan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Harapan Sabah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Zon Sandakan, di Dewan Hakka Batu 6, di sini, kelmarin.


Dr.Peter berkata, rakyat Sandakan dan Libaran mahu kemudahan kesihatan yang lengkap bagi memudahkan para pesakit mendapatkan rawatan.


“Begitu juga dengan pembangunan infrastruktur yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.


“Keadaan jalan raya masih teruk terutamanya di luar bandar, capaian internet lemah menyebabkan para pelajar terpaksa mencari alternatif lain semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik,” katanya.



Sehubungan itu katanya, rakyat harus menyokong Pakatan Harapan demi membentuk harapan baru dan Malaysia yang lebih baik untuk rakyat negara ini.


“Apabila kita menang dan berjaya membentuk kerajaan Malaysia yang baharu, saya bersama dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan harapan akan bersama-sama memperkenalkan dasar yang mampu membantu menyelesaikan permasalahan rakyat,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page