top of page

Pulau Bohey Dulang dibuka semula Sabtu ini

  • nabalunews
  • Jun 12
  • 1 min read

ree

12 Jun 2025


SEMPORNA: Taman Marin Tun Sakaran, Pulau Bohey Dulang, di sini, akan dibuka semula kepada orang ramai bermula Sabtu ini selepas ditutup sementara susulan ancaman buaya di kawasan berkenaan.


Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pembukaan semula itu susulan kejayaan operasi mitigasi ancaman buaya yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi berkaitan.


“Operasi ini telah dijalankan dengan kerjasama TTS, Jabatan Hidupan Liar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Semporna Islands Project (SIP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta komuniti Pulau Sebangkat.

ree

“Buaya yang menjadi ancaman berjaya ditangkap dalam operasi ini, sekali gus membolehkan kawasan tersebut dibuka semula kepada orang awam,” menurut kenyataan itu.


Bagaimanapun, menurut TTS, pemantauan akan dijalankan secara berterusan oleh semua agensi terlibat bagi memastikan tahap keselamatan pengunjung sentiasa berada pada paras tertinggi.


Terdahulu, TTS mengumumkan penutupan sementara Pulau Bohey Dulang selama empat hari bermula Selasa lalu bagi memberi laluan kepada kelancaran pelaksanaan operasi mitigasi berkenaan.

 
 
 

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page