Purata pendapatan isi rumah RM10,000, murni tapi tidak praktikal Purata pendapatan isi rumah RM10,000, murni tapi tidak praktikal
top of page
  • Writer's pictureMaxolvin Sintore Gabu

Purata pendapatan isi rumah RM10,000, murni tapi tidak praktikal


4 Okt 2021

Oleh Maxolvin Sintore Gabu - GEM UPKO Malaysia

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa sasaran dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) termasuklah meningkatkan purata pendapatan isi rumah di Malaysia kepada RM10,000 sebulan.

Menggunakan Matematik mudah, apabila Semenanjung Malaysia mempunyai nilai sebanyak RM15,000, Sabah RM7500 dan Sarawak Rm7500 purata bagi nilai ini adalah RM10,000 ((Rm15,000+Rm7500+RM7500) /3 =Rm10,000))

Berdasarkan keadaan semasa, kategori paling besar bagi pekerja di Sabah adalah pekerja separa mahir.


Pendapatan golongan ini majoriti adalah dibawah RM3,500. Jika suami isteri bekerja dalam kategori yang sama, maka pendapatan isi rumah mereka hanyalah RM7,000 maksimum. Selain itu, masih terdapat ramai pekerja di Sabah yang mempunyai pendapatan kurang daripada Rm2,000 sebulan malah masih ada yang bergaji harian.

Merujuk kepada contoh di atas, maka menyasarkan purata pendapatan itu adalah sangat murni namun tidak praktikal atau tidak menggambarkan realiti sebenar pendapatan isi rumah di Malaysia terutama sekali di Tanah Besar Malaysia (Sabah & Sarawak).

Juga, tanpa peluang pekerjaan yang cukup di Sabah, masih ramai graduan Sabah yang masih tidak mampu mencari pekerjaan yang baik di Sabah dan ini boleh menggagalkan sasaran untuk mencapai purata pendapatan isi rumah kepada Rm10,000.

Kerajaan Sabah harus melihat perkara ini sebagai satu masalah yang kritikal kerana kadar pengganguran di Sabah pada hari ini adalah yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu pada kadar 8.7% menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dalam dewan parlimen baru-baru ini.

GEM UPKO Malaysia berpendapat bahawa adalah lebih baik bagi kerajaan mencari cara untuk meningkatkan gaji minimum di seluruh Malaysia yang pada hari ini masih rendah iaitu RM1,200 di Kawasan bandar atau Majlis Perbandaran dan Rm1,100 di Kawasan lain daripada Kawasan bandar atau Majlis Perbandaran.

Harus diingat bahawa keadaan ekonomi sesebuah keluarga itu memainkan peranan dalam kebahagiaan keluarga tersebut, yang mana keadaan ekonomi yang tidak baik terbukti telah menyebabkan masalah kesihatan mental dikalangan rakyat.

Kerajaan harus merangka satu bentuk dasar atau sasaran yang mengambarkan reality sebenar diperingkat rakyat jelata dan bukannya membuat sasaran purata RM10,000 demi untuk memperlihatkan dunia bahawa pendapatan per kapita ataupun isi rumah rakyat di Malaysia adalah tinggi.

When we serve the people, we need to accept and deal with the reality on the ground and not manipulate the data to make us look good on paper.

Maxolvin Sintore GEM UPKO Malaysia

bottom of page