top of page

Pusat Khidmat Adun Kadamaian bantu mangsa banjir Kg.Narinang

Wartawan Nabalu News

Anichlose Kesimin (kanan) dan Saikom Watis (dua dari kanan) mewakili Ewon menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terkesan banjir, hari ini.

27 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Narinang yang terjejas banjir pada Sabtu.


Sumbangan berupa 100 kotak air mineral dan 50 bakul makanan itu disumbangkan kepada 40 buah Rumah dan 47 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas.


Sumbangan disampaikan oleh urusetia Pusat Khidmat Adun Kadamaian mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick, selepas menerima aduan daripada penduduk kampung yang terkesan banjir


“Kami menerima aduan daripada penduduk Kampung Narinang, bekalan air paip graviti di kampung itu rosak akibat banjir.



“Sehubungan itu, kami menyampaikan sumbangan air mineral kelmarin dan sumbangan makanan pula disampaikan pada hari ini kepada penduduk kampung terjejas,” kata Ketua Perhubungan Pusat Khidmat Adun Kadamaian Carlye Lajimin.


Sumbangan air mineral untuk penduduk Kg.Narinang yang terjejas banjir disampaikan kelmarin.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page