Pusat khidmat ADUN Kadamaian teruskan bantuan bakul makanan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pusat khidmat ADUN Kadamaian teruskan bantuan bakul makanan


Dr Rizoh Bosorang

18 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN Kadamaian meneruskan program bakul makanan kepada isirumah yang terkesan dengan Covid-19 termasuk kontak rapat yang diperintahkan kuarantin wajib di rumah.


Pegawai Perhubungan kepada ADUN Kadamaian, Dr Rizoh Bosorang berkata, ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dan pusat khidmatnya terus menerima makluman dan permohonan bakul makanan daripada keluarga-keluarga di DUN Kadamaian yang memerlukan bantuan tersebut.


“Kebanyakan yang menghubungi kami terdiri daripada mereka yang diperintahkan kuarantin wajib di rumah menyebabkan mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk bekerja atau membeli barang-barang keperluan rumah.


"Pada tahun 2021 sahaja, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian telah mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 2,719 isi rumah di Kadamaian.


“Bagi tahun 2022, program bantuan kami ini diteruskan dan Ewon telah memastikan sentiasa ada stok bakul makanan di pusat khidmat supaya kami dapat menyampaikannya seberapa segera yang boleh sebaik sahaja dimaklumkan oleh keluarga yang terlibat atau mantan-mantan Ketua Kampung dan Pengerusi MPKK yang masih terus berhubung dengan kami," katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Bakul makanan yang disampaikan kepada isirumah dikuarantin melaui mantan Pengerusi MPKK.

Setakat kelmarin, Pusat Khidmat Adun Kadamaian telah menyampaikan bakul makanan kepada 185 isirumah yang telah dikuarantin di rumah di Kadamaian.


Rizoh berkata, dengan peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah, pastinya lebih ramai yang diperintah kuarantin terutama kontak rapat.


"Datuk Ewon dan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian sentiasa bersedia menyalurkan bantuan ini kepada mereka yang memerlukan,” katanya.


Bakul makanan yang disampaikan kepada keluarga dikuarantin melalui Ketua Cawangan Upko.

Rizoh turut mengingatkan penduduk Kadamaian supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa bekerja atau keluar berurusan termasuk membuat ujian Covid bagi memastikan seisi keluarga dilindungi daripada wabak ini.


“Tanggungjawab menurunkan semula kes positif Covid-19 dan mematuhi SOP adalah tanggungjawab kita bersama. Saya percaya komuniti Kadamaian dapat melaksanakan tanggungjawab bersama ini dengan cemerlang,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page