top of page

Pusat Khidmat Parlimen Penampang bantu mangsa kebakaran di Kampung Pogunon

nabalunews

31 Julai 2024


Pusat Khidmat Parlimen Penampang bantu mangsa kebakaran di Kampung Pogunon


Bantuan set tong gas, bakul makanan dan minuman disampaikan kepada tiga keluarga yang terlibat oleh Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang, Datuk Donald Mojuntin yang juga Timbalan Presiden UPKO.


Turut hadir Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Penampang, Bryan Matasing, Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Francis Chong dan Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Penampang merangkap Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Billy Joe Dominic.


Francis berkata mangsa kebakaran akan dipertimbangkan untuk disenaraikan sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) oleh Majlis Perbandaran Penampang bagi tahun hadapan.


Kebakaran di Kampung Pogunon, Penampang dipercayai bermula sekitar 1 pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.06 minit pagi tadi.


Katanya sepasukan 10 anggota dari BBP Penampang dibantu 5 anggota dari BBP Putatan bersama 3 jentera pemadam api dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan, (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.


Zeno berkata kebakaran melibatkan 3 buah rumah dan 4 buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Kancil, sebuah Hyundai Atos, sebuah Proton Wira dan sebuah van Toyota LiteAce.


Kebakaran dapat dikawal jam 3.28 pagi manakala operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya jam 5.16 pagi.


Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page