top of page

Pusat Khidmat Parlimen Penampang sumbangkan bantuan peralatan pembinaan pondok rekreasi dan pembaikan bekalan air graviti

  • nabalunews
  • Aug 19, 2024
  • 1 min read
Bantuan peralatan untuk pembinaan pondok-pondok rekreasi di pusat Pelancongan Watu Sandad Borneo Kampung Poropok, Kibunut

19 Ogos 2024


PENAMPANG : Pusat Khidmat Parlimen Penampang hari ini menyumbangkan bantuan peralatan untuk pembinaan pondok-pondok rekreasi di pusat Pelancongan Watu Sandad Borneo Kampung Poropok, Kibunut, di sini.


Pondok rekreasi berkenaan akan dibina secara bergotong-royong oleh penduduk.


Sumbangan bantuan peralatan pembinaan itu disampaikan

kepada wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Poropok Kibunut, Lucian Lansiman oleh Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Parlimen P. 174 Penampang, Bryan Matasing yang mewakili Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.


Turut serta, pegawai Pusat Khidmat Parlimen Penampang, Roy dan Charles Liew.

Bantuan peralatan paip poly untuk pembaikan bekalan air graviti di Kampung Timpangoh, Babagon

Seterusnya Pusat Khidmat Parlimen Penampang hari ini menyumbangkan bantuan peralatan paip poly untuk pembaikan bekalan air graviti di Kampung Timpangoh, Babagon, di sini.


Bantuan itu disampaikan oleh Bryan yang mewakili Ewon kepada Ketua Cawangan UPKO Kampung Timpangoh, Babagon, Philip Sidah.


Kerja membaiki bekalan air graviti di Kampung Timpangoh, Babagon ini akan dilaksanakan secara bergotong-royong oleh penduduk.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page