Puspanita diseru hayati erti kemerdekaan, hargai pengorbanan wira Puspanita diseru hayati erti kemerdekaan, hargai pengorbanan wira
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Puspanita diseru hayati erti kemerdekaan, hargai pengorbanan wira


23 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) diminta untuk sentiasa menghargai nikmat kemerdekaan negara dan mengenang jasa wira yang berjuang demi kebebasan tanah air.


Penaung Puspanita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata nilai kemerdekaan negara tidak boleh diukur dengan wang ringgit kerana ramai pejuang yang telah gugur dalam usaha memerdekakan tanah air.


"Merdeka bukan bermaksud kibar Jalur Gemilang sahaja tetapi kita perlu tahu 'harga' untuk negara kita merdeka ini.


"Kalau kita tidak merdeka, kita dikawal dan dikongkong, tapi sekarang kita bebas dan (perlu) hargai nikmat merdeka ini," katanya ketika merasmikan Program Merdeka MADANI@Puspanita di sini semalam, yang disaksikan oleh Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.


Program Merdeka MADANI@Puspanita merupakan aktiviti bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan ahli dan turut menyumbang kebajikan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan persatuan berkaitan kebudayaan dan tradisional.


Turut diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan berbalas pantun merdeka, pertandingan nyanyian bintang patriotik dan pertandingan Si Cilik Merdeka.


Program itu selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, iaitu Malaysia Makmur, Adil, Damai, Amanah, Negara Berdaulat dan Inovatif.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page