Putin arah Russia serang Ukraine
24 Feb 2022
MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin mengumumkan pada Khamis satu operasi ketenteraan di Ukraine bagi mempertahankan kumpulan pemisah di timur negara itu.
Dalam perutusan khas melalui televisyen, mengisytiharkan perang terhadap Ukraine tanpa menghiraukan desakan Barat dan global sejak kebelakangan ini agar tidak melakukannya.
"Saya sudah membuat keputusan operasi ketenteraan," katanya dalam satu kenyataan mengejut di televisyen sejurus sebelum jam 6 pagi waktu tempatan Moscow.
Menurut laporan AFP, beliau juga mengarahkan tentera Ukraine untuk meletakkan senjata, tetapi mendakwa tidak mahu menjajah negara jirannya itu.
Comments