top of page

Rakyat perlu diperkasa hadapi perubahan teknologi – PM

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

7 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Rakyat perlu diperkasa dengan keupayaan menghadapi perubahan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), agar mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan dan kemajuan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sentuhan Kasih MADANI bersama Diaspora Malaysia di Republik Türkiye sejurus tiba di Ankara semalam, dalam rangka lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu.


Menurutnya, pertemuan itu menjadi ruang penting untuk beliau berkongsi hala tuju jelas Kerajaan MADANI dalam mengurus ekonomi negara serta memperkukuh tatakelola berintegriti, telus dan berteraskan kepentingan rakyat.


“Saya tekankan bahawa kekuatan ekonomi yang mampan membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai manfaat secara terus kepada rakyat selain sokongan berterusan melalui agensi-agensi berkaitan.


“Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan kemakmuran yang dibina dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh, demi masa depan Malaysia yang lebih berdaya saing, inklusif dan berperikemanusiaan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan melawat Turkiye hingga 8 Januari atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.


Ia merupakan kunjungan balas susulan lawatan rasmi Presiden Turkiye ke Malaysia pada Februari tahun lalu.


Perdana Menteri bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page