Rakyat Sabah tunai Umrah selepas 28 Dis wajib jalani kurantinRakyat Sabah tunai Umrah selepas 28 Dis wajib jalani kurantin
top of page
  • nabalunews

Rakyat Sabah tunai Umrah selepas 28 Dis wajib jalani kurantin



30 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah memutuskan bahawa rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan ke luar negara selepas 28 Disember wajib menjalani kurantin selama tujuh atau 10 hari di Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia.


Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan media hari ini berkenaan pengurusan kurantin rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan ke luar negara.


“Kos kurantin termasuk penginapan dan sebagainya adalah ditanggung oleh para Jemaah umrah atau agen pelancongan masing-masing.


“Manakala bagi rakyat Sabah yang pulang kembali dari luar negara kurantin dan penginapan adalah atas tanggungan sendiri,” katanya.


Menurut beliau, bagi mereka yang melakukan perjalanan untuk tujuan umrah dan ke luar negara sebelum 28 Disember pula dibenarkan untuk meneruskan perjalanan masuk ke negeri dengan beberapa ketetapan tertentu yang perlu dipatuhi.


“Jemaah umrah dan rakyat Sabah yang ke luar negara perlu menjalani kuarantin di Negeri Sabah tertakluk kepada ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) yang disahkan negatif sebelum bertolak ke Sabah.


“Kerajaan Negeri akan menyediakan perkhidmatan Doktor Berdaftar bagi menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) di pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secara percuma kepada rakyat Sabah (Warganegara Malaysia).


“Penginapan turut disediakan kepada rakyat Sabah yang disahkan positif dan perlu menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur,” katanya.


Tambah Masidi, bantuan melalui Yayasan Kebajikan Sabah juga akan disalurkan dan akan diselaraskan bersama dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur.


“Syarat-syarat kuarantin adalah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah dari masa ke semasa.


“Walau bagaimanapun, kemasukan individu ke negeri Sabah adalah tertakluk kepada syarat-syarat Pihak Berkuasa Negeri yang sedia ada,” jelasnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page