Ramanan terajui Kementerian Sumber Manusia, Steven Sim ganti Ewon
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

16 Disember 2025
PUTRAJAYA: Datuk Seri R. Ramanan hari ini dilantik menjadi menteri penuh dan kini menerajui Kementerian Sumber Manusia dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ramanan, Ahli Parlimen Sungai Buloh, sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Naib Presiden PKR itu menggantikan Steven Sim, yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi baharu.
Steven pula menggantikan Datuk Ewon Benedick, yang meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah.
Pelantikan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.
Kabinet Kerajaan MADANI sebelum ini menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri, susulan peletakan jawatan Ewon pada 8 November lalu, menyusul selepas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli turut meletak jawatan berkuat kuasa 17 Jun.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad juga meletak jawatan berkuat kuasa 4 Julai, manakala jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kosong selepas beliau tamat tempoh pelantikan sebagai Senator.


















Comments