Razzidin letak jawatan Timbalan Ketua Exco Wiramuda dan Tinggalkan Parti
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

12 Januari 2026
KENINGAU: Timbalan Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Razzidin Robert meletakkan jawatan nombor dua dalam Wiramuda parti itu.
Razzidin berkata, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan serta keluar dari Parti STAR Sabah berkuat kuasa serta-merta.
"Keputusan ini diambil selepas pertimbangan yang teliti serta mengambil kira hala tuju dan keperluan diri saya dalam meneruskan khidmat kepada masyarakat.
“Ia bukan keputusan yang mudah, namun saya percaya ia adalah langkah yang paling wajar pada ketika ini" katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun laman sosial facebook miliknya.
Dalam pada itu, Razzidin turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan-rakan seperjuangan, ahli-ahli dan penyokong yang telah memberikan kepercayaan, ruang dan kerjasama kepada beliau selama ini.
"Segala pengalaman yang saya peroleh di dalam parti amat saya hargai dan akan kekal menjadi asas penting dalam perjalanan saya seterusnya" ujarnya.
Razzidin berkata, beliau akan terus berbakti kepada masyarakat Sabah khususnya di kawasan Parlimen Keningau dengan cara yang lebih sesuai, berlandaskan prinsip dan nilai yang beliau pegang teguh demi Sabah yang lebih baik.


















Comments