Remaja 17 Tahun Hilang di Manggatal, Polis Lancarkan Usaha Cari
- nabalunews
- Apr 29
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
29 April 2026
KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Togung, Manggatal, pada malam 26 April 2026 dan masih belum pulang sehingga kini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja bernama Danish Adli Welter diminta segera menghubungi Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-221191 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ibrahim Jalani di 019-8499062.
Menurut laporan polis, mangsa kali terakhir dilihat oleh ahli keluarganya pada hari yang sama sekitar jam 5.00 petang. Beliau kemudian keluar dari rumah pada jam 9.50 malam dan gagal dihubungi melalui talian telefon.
Danish berbangsa Kadazan dengan ciri-ciri fizikal susuk badan berisi, berkulit kuning langsat, bermata hitam, mempunyai bulu kening tebal, berambut hitam paras telinga serta berbibir nipis.
Pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan bagi memastikan remaja berkenaan ditemui dalam keadaan selamat.















Comments