top of page

Remaja disyaki curi telefon bimbit jemaah masjid

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Suspek pencuri telefon bimbit ditangkap polis
Suspek pencuri telefon bimbit ditangkap polis

1 Oktober 2025


TAWAU: Tindakan berani seorang remaja lelaki mencuri telefom bimbit milik seorang jemaah terlelap selepas solat di Masjid Bandar pada minggu lalu, membawa padah apabila akhirnya suspek berjaya ditangkap semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan di kawasan kaki lima bangunan kedai di Jalan Cole Adams sekitar jam 12.30 tengah hari.


“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sebuah telefon bimbit jenis Realme yang dipercayai dicuri daripada mangsa. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurutnya, kejadian curi dilaporkan berlaku pada 23 September lalu sekitar jam 1.15 tengah hari ketika mangsa, seorang lelaki warga emas, terlelap selepas menunaikan solat Zuhur di masjid berkenaan.


Mangsa kemudiannya mendapati telefon bimbit berjenama miliknya hilang selepas bangun daripada tidur.


Manakala, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali mengambil peranti tersebut.


Jasmin berkata, hasil semakan kemudiannya mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, masing-masing pada tahun 2022 dan 2024.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan,”katanya.


Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak cuai ketika berada di tempat awam dan tidak sesekali meninggalkan barangan berharga tanpa pengawasan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page