Rentas daerah dibenarkan selepas capai 70 peratus vaksinasi penduduk SabahRentas daerah dibenarkan selepas capai 70 peratus vaksinasi penduduk Sabah
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Rentas daerah dibenarkan selepas capai 70 peratus vaksinasi penduduk Sabah


23 Sept 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun mencadangkan agar kebenaran rentas daerah seluruh Sabah dibenarkan selepas tahap vaksinasi mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus. Bagaimanapun katanya, setiap keputusan akan dibuat berdasarkan analisis terhadap data dan situasi semasa. “Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Kami sepakat untuk melaksanakan liberalisasi secara terkawal dan berperingkat. “Dalam masa terdekat ini, oleh kerana kita telah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus populasi dewasa, kita akan kembali kepada sistem zon. “Negeri Sabah dibahagikan kepada enam zon. Penduduk di sesuatu zon bebas merentas daerah dalam zon yang sama, kecuali dari atau ke daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi 60 peratus penduduk dewasanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya, pada persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini. Masidi berkata, pada masa ini, negeri Sabah berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Tahap vaksinasi populasi dewasa telah mencecah 60 peratus. “Ini merupakan pencapaian memberangsangkan memandangkan kita menghadapi pelbagai rintangan, terutama disebabkan ketidakcukupan bekalan vaksin. Kita akan membuka sedikit demi sedikit sektor pengedaran dan perdagangan dalam usaha mengimbangkan di antara nyawa dan kehidupan,” katanya. Katanya lagi, dijangkakan, seluruh negara akan beralih kepada fasa endemik apabila tahap vaksinasi telah mencapai 90 peratus populasi dewasa. “Ini dijangka akan dapat dicapai menjelang akhir Oktober 2021. Pada masa itu, kebanyakan sektor ekonomi, termasuk pelancongan mungkin akan dibuka, dan rentas negeri juga mungkin akan dibenarkan. “Oleh sebab itulah kita perlu melipatgandakan usaha vaksinasi kita agar segera mencapai tahap sasaran ini. “Kita berharap akan masuk ke fasa seterusnya bersama seluruh negara Malaysia, menjelang 30 Oktober 2021,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page