RENTAS DAERAH TIDAK DIBENARKAN MULAI 10 MEI INI: MASIDI
- Wartawan Nabalu News
- May 6, 2021
- 1 min read

6 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan aktiviti rentas daerah di Sabah tidak dibenarkan mulai 10 Mei ini hingga 16 Mei depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, rentas daerah tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan. "Dalam tempoh ini, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, pihak PDRM akan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas daerah semasa tempoh yang dinyatakan.
Comentários