Ribuan aktivis dan belia sertai protes #LawanRibuan aktivis dan belia sertai protes #Lawan
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Ribuan aktivis dan belia sertai protes #Lawan


Sumber: Twitter

31 Julai 2021



KUALA LUMPUR: Ribuan orang berkumpul secara aman di beberapa tempat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, termasuk Dataran Merdeka bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri.


Dalam video yang dimuat naik melalui media sosial, para penunjuk perasaan itu berpakaian hitam sambil memegang bendera hitam berarak di Dataran Merdeka pada jam 11.35 pagi ini sambil melaungkan “hidup rakyat, lawan, lawan kerajaan zalim" dan lawan tolak Muhyiddin."


Ada diantara mereka yang memegang plakad “kerajaan gagal”, “keluar dan lawan” , “Mahiaddin letak jawatan”, “kerajaan pembunuh,


Sumber: Twitter

Protes itu dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) iaitu gabungan masyarakat sivil dan belia.


Mereka menggesa agar persidangan penuh Parlimen dan moratorium pinjaman secara automatik bagi mengurangkan beban berikutan Covid-19.


Protes “Keluar dan #Lawan” itu bermula jam 11.00 pagi, hari ini, di Dataran Merdeka.


Walau bagaimanapun, difahamkan kumpulan tersebut belum lagi menerima kebenaran dari pihak polis untuk masuk ke Dataran Merdeka.


Perkongsian dalam Twitter seorang Wartawan yang berada di lokasi menyatakan, seramai 50 orang peguam hadir d sekitar Kuala Lumpur untuk memberikan bantuan undang-undng kepada pihak protest.


Turut hadir untuk memberikan sokongan dalam protes itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua.


Sumber: Twitter

Protes itu juga mendapat sokongan daripada para pelajar luar negara. Menurut Malaysian Progressive in Australia dalam Twitternya: “Kami mahasiswa di perantauan, menyokong dengan penuh semangat protes #Lawan pagi ini. #LawanTetapLawan.


Sementara itu dalam laporan FMT, Pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri, yang menjadi sebahagian daripada penganjur perhimpunan, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berkata, bantahan itu adalah “jalan terakhir” untuk seluruh rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan dan tuntutan mereka terhadap kerjaan.


“Saya merasakan rakyat Malaysia tidak ada lagi jalan lain untuk menyuarakan kebimbangan mereka kecuali turun ke jalanan mengadakan bantahan.


“Kita sudah mengadakan kempen dalam talian, tanda pagar di media sosial dan banyak lagi tetapi nyata ahli politik tidak mendengar suara ini apatah lagi memberi perhatian terhadapnya,” katanya dalam laporan FMT.



bottom of page