top of page

Ribut petir, hujan dan angin kencang dijangka landa Sabah, beberapa negeri lain

  • nabalunews
  • Aug 2, 2025
  • 1 min read

1 Ogos 2025


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang dijangka berterusan sehingga jam 7:00 malam ini.


Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.


Sementara itu, amaran turut melibatkan kawasan di Kedah (Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).


Turut terlibat ialah negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor serta kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Sri Aman, Kapit (Belaga), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.


“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelas METMalaysia.


Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan merancang aktiviti luar dengan mengambil kira keadaan cuaca semasa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page