top of page

RINA HARUN POSITIF COVID-19, DIMASUKKAN KE HOSPITAL SUNGAI BULOH

  • nabalunews
  • Jan 11, 2021
  • 1 min read


11 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif COVID-19.


Menurut kenyataan pejabat beliau hari ini, Rina memperoleh keputusan ujian saringannya malam tadi selepas menjalani ujian tersebut di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada 11 pagi ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.


"Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.


"Beliau juga akan pastikan semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa," demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page