Risiko jangkitan sporadik mungkin meningkat susulan peralihan ke Fasa 3 PPN – MasidiRisiko jangkitan sporadik mungkin meningkat susulan peralihan ke Fasa 3 PPN – Masidi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Risiko jangkitan sporadik mungkin meningkat susulan peralihan ke Fasa 3 PPN – Masidi


16 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Peralihan negeri Sabah ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) yang membenarkan lebih banyak aktiviti sosial dan ekonomi berkemungkinan akan meningkatkan risiko jangkitan virus Covid-19 secara sporadik, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Kata Masidi, peratusan kes sporadik pada hari ini adalah semakin meningkat, iaitu hampir 39 peratus daripada jumlah kes keseluruhan pada hari ini (639).


“Kes-kes sporadik biasanya berlaku kerana kelalaian tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa bergaul atau berada di khalayak ramai.


“Adalah amat diharapkan keseluruhan masyarakat akan lebih bertanggungjawab dalam mematuhi semua SOP yang dikuatkuasakan bagi mengelak jangkitan virus Covid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini


Masidi juga menegaskan bahawa dengan pembukaan semula sempadan daerah dan peralihan Sabah ke Fasa 3 PPN, setiap orang perlu memikul tanggungjawab mereka dan menjadi benteng barisan hadapan dalam usaha kita membenteras virus Covid.


bottom of page