top of page

RM124.73 juta disalurkan untuk penyelenggaraan tandas sekolah bantuan kerajaan

  • nabalunews
  • Oct 22, 2024
  • 1 min read

22 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyalurkan sejumlah RM124.73 juta untuk penyelenggaraan kecil tandas di Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) sejak Oktober lalu.

 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, menyatakan bahawa baki peruntukan ini juga telah digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan kecil lain di sekolah-sekolah tersebut.

 

Beliau menegaskan bahawa pada tahun 2024, KPM telah memperuntukkan RM31 juta khusus untuk naik taraf dan penyelenggaraan tandas di 310 buah Sekolah Kebangsaan (SK) di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, yang belum sempat disiapkan pada tahun sebelumnya.

 

"Selain itu, tahun ini KPM telah menyediakan peruntukan khas berjumlah RM134.33 juta untuk penyelenggaraan kecil dan naik taraf fasiliti tandas di SBK," jelas Wong Kah Woh ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Kapten Datuk Dr Zulkafperi Hanpi, di Dewan Rakyat.

 

Tambah beliau, KPM memastikan peruntukan penyelenggaraan diagihkan secara adil dan sewajarnya kepada semua jenis sekolah di bawah kementerian tersebut.

Yorumlar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page