top of page

RM53.46 Juta Bagi SBRPB Sabah, Sarawak Tahun Ini

  • nabalunews
  • Mar 13
  • 1 min read

13 Mac 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memperuntukkan RM53.46 juta bagi pemberian input pertanian bersubsidi di bawah program Skim Baja dan Racun Padi Bukit (SBRPB) khusus bagi Sabah dan Sarawak, tahun ini.


Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, peruntukan itu sebagai kesinambungan kepada inisiatif terdahulu yang bertujuan membantu pesawah padi bukit atau huma di kedua-dua negeri berkenaan.


Katanya, pemberian subsidi itu sebagai dorongan kepada pesawah agar terus mengusahakan tanaman padi bukit atau huma secara mampan dan meningkatkan komuniti setempat.


“Selain itu, inisiatif ini juga dapat meringankan beban kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah,” katanya di Dewan Negara, semalam.


Arthur menjawab soalan tambahan Senator Datuk Bobbey Suan mengenai impak peruntukan RM50 juta tahun lalu kepada pesawah serta kesinambungan bantuan berkenaan.


Menurutnya, pada tahun lalu, peruntukan itu disalurkan dalam bentuk subsidi input pertanian seperti baja sebatian, baja urea cecair dan racun rumpai kepada 33,597 pesawah di Sabah dan Sarawak dengan jumlah keluasan tanaman 27,457.69 hektar.


Sementara itu, Arthur berkata, kerajaan sedang meneliti kemungkinan memasukkan tanaman padi bukit atau huma dalam Kadar Sara Diri (SSR) beras negara khusus bagi Sabah dan Sarawak kerana keluasan bertanam serta jumlah pengeluaran yang tinggi.


“Kawasan bertanam di Sabah pada tahun lepas seluas 11,960.19 hektar manakala di Sarawk seluas 15,497.50 hektar,” katanya.


Menurutnya, setakat ini tanaman berkenaan tidak diambil kira dalam SST beras negara kerana amalan aktiviti penanaman secara semitradisional dan bergantung kepada sumber air semulajadi.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page