RMK12: Madius cadang Agenda Desentralisasi di Wilayah Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung MalaysiaRMK12: Madius cadang Agenda Desentralisasi di Wilayah Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia
top of page
  • nabalunews

RMK12: Madius cadang Agenda Desentralisasi di Wilayah Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia



1 Okt 2021


KUALA LUMPUR: Majlis Urus Tadbir Persekutuan-Negeri dan Desentralisasi perlu diwujudkan bagi memastikan tadbir urus kerajaan yang melibatkan semua kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.


Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, ini kerana agenda pemusatan kuasa yang keterlaluan di Putrajaya terbukti gagal menyelesaikan pelbagai masalah dan cabaran pembangunan tempatan.


“Selama ini pemikiran yang mengatakan bahawa kerajaan tahu segala-galanya adalah satu kesilapan besar menyebabkan kesukaran dalam pengurusan dan perancangan pembangunan bukan sahaja di Sabah tetapi juga di negeri-negeri lain.


“Khusus untuk Wilayah Tanah Besar Malaysia yakni the Borneo Territories (Wilayah Borneo), saya mencadangkan supaya Intergovernmental Committee 2.0 (IGC 2.0) perlu diwujudkan segera untuk mengkaji semula terma-terma dalam hal yang melibatkan kuasa Negeri, persekutuan dan senarai bersama seperti mana yang terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Perbahasan RMK12 di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, semalam.


Menurut Madius, Kerajaan Sabah termasuk Dewan Bandaraya, Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah akan memainkan peranan penting dalam hal ini.


“Di Dewan yang Mulia ini semakin ramai yang bercakap tentang jurang pembangunan wilayah di antara Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia hanya kerana mereka memerlukan sokongan dan undi daripada Sabah dan Sarawak.


“Syukurlah, sudah ada yang mencadangkan supaya kerajaan pandang ke Borneo supaya pembangunan di Wilayah-wilayah Borneo dapat ditingkatkan.


“Namun pada Tuaran memandang ke Borneo saja tidak cukup. Kerajaan harus mendengar denyutan nadi rakyat terutama sekali pandangan akar umbi dari wilayah-wilayah Borneo.


“Agenda desentralisasi atau penyahkuasa agar tidak keterlaluan berpusat di Pesekutuan dalam tadbir urus kerajaan sangat kritikal dan perlu dilaksanakan segera,” ujarnya.


Sehubungan itu Madius mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Desentralisasi dan Majlis Urustadbir Persekutuan-Negeri dimasukkan sebagai salah satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.


“Masukkan ia sebagai salah satu daripada penambahan jawatankuasa khas seperti yang telah pun dpersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).


“Melalui Jawatankuasa Khas Parlimen ini, kerajaan akan dapat mengambil perspektif Tanah Besar Malaysia untuk membina dan membangun Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page